3L [LiFe+LoVe+LusT]
LoVe Iz EvErYtHiNg It'Z CrAcKeD uP 2 bE...It rEaLLy Iz wOrTh FiGhThInG 4, bEiNg BrAvE 4, rIsKinG eVerYtHiNg 4
Tuesday, July 03, 2007
Wednesday, June 20, 2007
2007..
2007 dah ek.. kalo ikot aku kire2 n kalo x salah aku ar laz aku post blog taon 2005.. dah setaon x update blog.. bukan ape.. aku x de idea.. erm.. skrg ni pon nak ikotkan aku x de idea.. tp aku kene gak tulez pape kat cni.. sbb kalo x mule arini nanti aku malaz nak post blog lg.. aku punye layout ni aku x tau ar, elok ke x.. nmpk gayenye x sepeti yg aku nak... Monday, February 13, 2006
+ Hepi 11th Month Anniversary +
Wednesday, February 08, 2006
| | Bosan + Rinduuu | |
Er... blur ar.. x tau nak tulis ape... masok arini dah 3 ari aku x jumpe bini aku.. bukan x nak jumpe tp bini aku kene flu fever ar.. cian kat die.. lgpon kalau jumpe.. takot gak melarat.. n takot gak jangkit kat aku.. aku ni antibodi x kuat :-).. tp rindu plak x jumpe ek.. dok umah aku x tau nak wat pe.. balik2 membute.. tgok tv.. isap rokok.. baring2.. main ngan chinchang.. 2 jek ar.. nak kuor bini aku x bg.. save minyak ar ape ar.. tp x pe syg punye pasal aku 4loe gak.. smlm aku membute awl dlm 9 lebiy.. x leh angkat ar mate.. lgpon sakit pale.. sedo2 dah pagi.. sori eh ma.. b ngantok.. Bila Nak Kawin??
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..
Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh. Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
Friday, January 27, 2006
BERHENTI MEROKOK!!
Anda mungkin merasa bahawa berhenti merokok ini mempunyai kebaikan dan keburukan pada diri anda. Perasaan ini memang sesuatu yang lumrah setiap kali kita membuat sesuatu keputusan yang paling penting dalam kehidupan kita. Setelah mengenalpasti sebab-sebab anda berhenti merokok, fikirkan juga perkara-perkara yang mungkin menghalang anda daripada berhenti merokok. Contohnya , ada perokok yang bimbang akan mengalami naik berat badan atau gejala " withdrawal " atau gian. seterusnya senaraikan pula faktor-faktor yang anda rasakan mungkin menghalang niat anda untuk berhenti merokok... Sekiranya anda merasa sangsi untuk meneruskan niat anda untuk berhenti merokok, yakinkan diri anda bahawa kesangsian itu boleh diatasi. Sentiasa ingatkan diri anda akan mendapat kebaikan dan faedah yang akan anda kecapi dengan berhenti merokok dan bersedialah untuk berhenti merokok.Sekiranya anda telah benar-benar bersedia untuk berhenti merokok, kemungkinan anda berjaya adalah lebih cerah. Bagi membantu anda bersedia untuk berhenti merokok, anda bolehlah mengambil langkah-langkah yang dinyatakan di bawah bagi menjayakan hasrat anda untuk berhenti merokok;1 Batuk-batuk menandakan mekanisma pembersihan saluran pernafasan anda berfungsi seperti sediakala.
2 Pening-pening sedikit menandakan tubuh anda mula menyesuaikan diri dengan paras oksigen yang lebih berbanding semasa menjadi perokok dahulu.
3 Sakit kepala boleh terjadi apabila tekanan darah menurun ke paras normal. Ini berlaku selepas tiga hari berlalu.
4 Rasa kebas dan sengal-sengal kadang-kadang boleh terjadi pada otot. Ini berlaku kerana peredaran darah menjadi lebih lancar. Lakukan senaman untuk melancarkan lagi sistem peredaran darah.
5 Gangguan sistem penghadaman seperti sembelit, merasa loya atau sebu perut kadang-kadang boleh terjadi tetapi cuma untuk beberapa hari sahaja. Gejala-gejala lain seperti gangguan tidur, gangguan konsentrasi dan perasaan resah akan juga berlaku. Gejala-gejala ini tidak berpanjangan dan boleh diatasi dengan mudah.
6 Sekiranya tidak boleh mengatasi gejala "withdrawal" ini berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan nikotin gantian.
+Mengenal Cinta Dari Cara Makan+
Mengenal pasangan anda melalui cara makan.Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kiter boleh menilai peribadinya.



